Bentuk Rumah Yang Aneh
"Rumah".. kita semua sudah tahu rumah adalah tempat berteduh bagi semua manusia yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan untuk melengkapi keperluan kehidupan yang sempurna. Ada yang diantara kita tinggal di Banglo, Rumah Teres, Rumah Pangsa, Kondominium, Rumah Kampung, Rumah Panjang dan sebagainya. Kerana jenis-jenis rumah yang didiami kesemuanya mengikut kemampuan masing-masing. Namun luar negeri, ada yang telah melangkaui keterbatasan akal hingga sanggup membuat rumah yang aneh tapi unik.
Mari kita lihat 4 jenis rumah yang istimewa dan sentiasa menjadi daya tarik pelancong
RUMAH TERBALIK
Pandangan dari luar rumah
Rumah aneh pertama ini bukanlah untuk didiami tetapi hanya untuk tujuan pameran di Trassenheide, Jerman. Perancang rumah ini adalah "Klaudiusz Golos" dan "Sebastian Mikuciuk" menghasilkan idea rumah unik ini. Walaupun ada juga di negara lain pernah membuat rumah terbalik, rumah yang dibuat mereka agak berbeda kerana kesemua perabot dan bilik dibuat secara terbalik. Mereka menamakan projek istimewa mereka ini... "The World Stands On Its Head"..
Pandangan dari ruang tamu
Pandangan dari kamar mandi
Pandangan dari ruang dapur
RUMAH BAKUL
Salah seorang pekerja di Longaberger berfoto didepan rumah unik
Tercetus dari produknya sendiri yaitu 'Bakul', Longaberger yang terletak di Newark, Ohio, Amerika. Berukuran 180,000 kaki persegi dan mempunyai tujuh tingkat. Bangunan ini menelan dana AS$30 juta dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. "Dave Longaberger" adalah pemilik bangunan ini dan dia jugalah yang mengilhamkannya.
Ketika dalam proses pembangunan
RUMAH LUBANG
Gimana cara nya mau masuk? (mungkin itu yang dipikirkan lelaki itu)
Dikenali dengan nama "Hole House" yang terletak di Houston, Texas ini didesain oleh "Dan Havel" dan "Dean Ruck". Idea yang sangat 'Gila' ini tetap memukau pandangan orang. Pendisain rumah ini beranggapan disain mereka adalah projek seni yang menampilkan kelainan daripada kebiasaan.
Papan luncur
RUMAH MELENGKUNG
Seperti gambar yang direnyukkan.. Tetapi ini adalah bangunan yang asl
Dibuat pada bulan Januari tahun 2003 dan selesai pada Disember 2003. Rumah seakan alam fantasi yang dikenali "Rumah Melengkung" atau disebut sebagai "Krzywy Domek (Crooked House) ini adalah pusat perbelanjaan Rezydent. Terletak di Sopot, Poland, dengan luas 4000 kaki persegi didesain oleh "Szontynscy Zalescy" ynag mendapat ilham dari lukisan "Jan Marcin Szancer" dan "Per Dahlberg".
0 komentar:
Posting Komentar